SOLAT KU
Saya sendiri menangis bila membacanya, sedangkan kata-kata dibawah ini Allah izinkan dan ilhamkan keluar daripada lidah saya kuliah RS pagi tadi, telah ditulis semula oleh seorang wanita yang luar biasa hebatnya.. sahabat semua boleh follow Wanita Muslimah Solehah ini, beliau tidak mampu berjalan sejak lahir, namun sungguh punyai hati yang luar biasa indah 😢🌹. Petikan posting beliau : Antara FALSAFAH dan HIKMAH SUJUD. Seorang ulamak muktabar menyebutkan bahawa, SUJUD PERTAMA = kita MENGINSAFKAN bahawa kita DICIPTAKAN DARI TANAH. Apabila kita bangun DUDUK di ANTARA DUA SUJUD = membawa maksud KEHIDUPAN kita ini AMATLAH SEMENTARA. Bila kita SUJUD kali KEDUA = MENGINSAFKAN kita bahawa kita akan KEMBALI MENJADI TANAH. Kita akan KEMBALI KE TANAH. ~~~~~~~~~~~~~ Ketika kita sujud kali pertama, kita merendah diri dan merasai serta menyedarkan diri kita bahawa kita ini diciptakan dari tanah. Asal kita daripada tanah. Dan bila kita duduk sekejap, bayangkan apabila kita bangkit daripada suj...